Monday, August 8, 2011

Kapten Amerika

Minggu lepas Aboy ajak aku keluar lagi untuk sebuah lagi produk keluaran Marvel iaitu Kapten Amerika. Filem-filem Marvel memang layan gak dari segi aksi beraksi ni. Lari lompat guling tembak golek letup. Marvel memang hebat dalam hal ni.


Kitorang pergi sehari sebelum puasa. Tak sanggup aku nak layan movie ditemani bau-bauan popcorn yang lazat. Korang sanggup ke? Tak pasal-pasal berlaku kes misteri popcorn habis dengan sendirinya didalam panggung wayang kat Summit nanti.


Jadi jangan melintaskan idea untuk untuk ajak aku keluar tengok wayang diwaktu bulan ramadan ni di fikiran anda ya.



Si Kapten Amerika ni mempunyai tranformasi fizikal yang menarik kalau dibandingkan dengan superhero lain. Dari seorang budak pendek kurus kering dimana kepalanya pun lebih besar dari badannya sendiri sehinggalah jadi si kacak yang tinggi lagi gagah perkasa perdana.


Benda yang sangat menarik sekali untuk dipuji sehinggakan buat aku tergamam seketika adalah editing produksi tersebut dalam memanipulasi badan superhero si Chris Evans menjadi badan seorang superloser. Hm, patutlah kepala dia semacam je besar dari badan dia.


Gambar diatas tu sebelum diedit, yang bawah tu selepas diedit.Dashyatkan dengan teknologi sekarang?




Oh ya, kostum baru dia memang smart gila. Jujur aku cakap aku tak berapa tertarik pada kostum dalam versi komik dia sangat tapi bila direalistikkan didunia ini, produksi telah mengubahsuai sut dia sehinggakan memang nampak menarik dan nampak kebal dimata.


Seperti biasa, kalau korang tunggu sampai credit tu habis, sudah jadi tabiat Marvel akan selitkan teaser khas untuk movie mereka seterusnya. Aboy dah terjerit-jerit macam orang kena histeria dah bila tengok, nasib baik ramai dah keluar panggung. Yang tinggal pun mereka yang merupakan peminat Marvel (kami la tu)


Teaser apa tu ya?, bila Marvel sudah memperkenalkan latar belakang semua superhero didalam filem masing-masing (kecuali Hawkeye), mereka bakal bergabung didalam sebuah kumpulan yang dikenali sebagai THE AVENGERS di dalam satu filem yang epik pada 2012.


PS: Ironman, Thor, Incredible Hulk, Captain America, Hawkeye didalam satu filem. Ada alasan lain ke untuk tidak tengok filem ini di pawagam?


No comments:

Post a Comment