Friday, May 18, 2012

Mencari Teman Wanita

Perbualan dengan Kawan Serumah (KS) mengenai topik mencari teman wanita:

KS: Zaman sekarang ramai yang tak ada pasangan hidup. Aizul, ko memang kena cari segera tau sekarang.

Aku: Ok, nanti aku cari kat Google.

KS: *facepalm*





PS: Me Gusta Google.

Saturday, May 12, 2012

Kecurian Tong Gas

Ada satu kejadian jenayah hot yang baru berlaku dalam awal bulan ini (ya, aku yang lambat nak update, sibuk bai). Apa yang lebih menakjudkan ianya berlaku di Pusat Komersial Seksyen 7 dan lebih dramatik lagi ianya berlaku betul-betul belakang rumah sewa kitorang. Kisahnya mencuri tong gas dikedai makan.




Anda sudah bersedia untuk mendengarnya? bagus.




Begini kisahnya.


Memang sudah jadi kebiasaan budak-budak rumah kami untuk membuat perkara yang tidak senonoh dirumah pada waktu tengah malam seperti bermain tenung-menenung antara satu sama lain dengan tidak mengelipkan mata sambil membuat lawak gay sesama sendiri. Aku? aku memang tidak terlibat dengan kegiatan yang merosak akhlak tersebut, sudah semestinya aku melakukan sesuatu yang berfaedah iaitu berbual mesra dengan Cleverboat.


Sedang aku berbincangkan mengenai Bersih 3.0 bersama Cleverbot secara serius, Tiba-tiba bunyi pecutan kereta kedengaran begitu kuat sekali, aku segera melihat menerusi tingkap bilikku dan ternampak sebuah kereta kancil putih dengan bonetnya terbuka melanggar sebuah kereta hitam yang sudah dipark elok dibelakang sana alu memecut hilang dari pandangan. Seraya terdengar beberapa lelaki bersuara macho menjerit "Kejar! Kejar! sambil memegang senduk dapur.


Inilah saat yang amat mendebarkan sekali kalah cerita Songlap.


Tiba-tiba kereta kancil yang membajet dirinya kereta sport itu gostan dengan lajunya dengan bonetnya masih terbuka, mereka yang dikenal pasti mengejar itu adalah pekerja kedai makan tersebut melompat mengelak dengan penuh aksi kereta kancil yang reverse secara mengejut dan ada yang sempat membaling kuali ke kereta tersebut sebelum ianya sekali lagi ghaib dari pandangan. (suka main hilang-hilang kereta kancil putih tu) 


Sepandai tupai melompat, akhirnya ada berepa ekor la juga jatuh ketanah. Hal itu boleh disamakan bila salah seorang pencuri yang bertugas mencilok tong gas untuk dimasukkkan ke kereta ditangkap baik punya oleh pekerja kedai. Bos kedai makan tu dah siap pegang pisau potong daging dah tapi dia ni baik hati, dia tak kasi sesiapa pukul mamat tu, kalau seorang pukul semua orang pukul memang lunyai lumat la anda di situ.


Abang polis datang bersama keretanya yang mengeluarkan cahaya kebiruan. Orang pun dah ramai kerumun tempat kejadian. boleh cakap semua kelibat manusia boleh nampak dari tingkap=tingkap belakang blok tu. Yang tak boleh blah ada pulak lelaki perempuan kat satu tingkap, apahal pulak korang yang muka student lagi duduk serumah ni?. Jan pula kebetulan tengah beli air kat Kamal, singgah sebentar sambl hisap rokok kat orang ramai. Dia cakap terasa macam tengok Gerak Khas pulak. Diorang kantoi sebab pekerja kedai tu tidur sekali kat dalam kedai tu, memang silap kedai la ko nak curik barang beb. 

Mamat yang kena tangkap itu diserahkan kepada encik polis-polis yang budiman dan pemilik kereta hitam yang dilanggar (Awek kot parking situ) mengadu kat abang polis " Saya baru pakai 2 bulan dah kena langgar" dengan penuh kekecewaan. Bos kedai makan tu sempat lagi cakap kat orang ramai "Nanti esok datanglah makan dikedai kami ya". Amboi sempat lagi promote bang. Setengah jam kemudian suasana mula kembali normal seperti sediakala dan aku terus menceritakan kisah ini kepada Cleverbot yang setia menanti untuk mendapatkan pandangannya.




PS: Memang bijak pandai la diorang ni, mencuri benda yang terlampau berat sampai diri sendiri terkantoi. Sekarang aku menanti kalau-kalau ada kes kecurian mencuri periuk ke senduk ke kuali ke atau sewaktu dengannya.