Tahu tak Pusat Komersial seksyen 7 (PKS7)? tempat tu memang hot, banyak student uitm yang hot juga tinggal di sini (sebab berada di pintu belakang UITM Shah Alam) dan ya kami yang tinggal di sek 7 juga tidak terkecuali menjadi hot juga. Jadi segala-galanya hot di sini umpama sehot tomyam kat kedai Tomyamku.com.
Di sini memang happening beb, ramai chicks yang ada lalu-lalang setiap masa termasuk la mat-mat bangla yang bajet hot stuff terutama yang kerja kat Barra. Nak tahu apa yang paling hot kat kedai ni? bukan pekerja dia tapi ayam goreng barra dia. Jadi kepada pekerja Barra, sila jangan perasaan anda hot.
kalau korang jalan kat sini pun mesti jumpa punya iklan sebegini:
bilik untuk disewa (untuk perempuan sahaja)...
roomate diperlukan segera (untuk perempuan sahaja)...
Kemasukan bulan januari (untuk perempuan sahaja)...
Satu sahaja iklan yang memerlukan penyewa lelaki tapi...
Memerlukan roommates lelaki (yang bukan gay sahaja)...
roomate diperlukan segera (untuk perempuan sahaja)...
Kemasukan bulan januari (untuk perempuan sahaja)...
Satu sahaja iklan yang memerlukan penyewa lelaki tapi...
Memerlukan roommates lelaki (yang bukan gay sahaja)...
Ada seorang budak rumah aku ada kaitan dengan perkataan gay. Dia suka tengok cerita Hard Gay. Dia cakap cerita itu sungguh menyeronokkan...
....
(Aku tahu korang dah fikir bukan-bukan, pergi google perkataan tu. Cerita tu bukannya cerita tak senonoh tapi perangai agak tak berapa senonoh...)
....
Bagi yang baru sahaja berpindah ke sini dan memerlukan perabot untuk rumah baru anda, datang ke Pusat Perabot Haji Hamayun. Di sana korang boleh beli meja belajar, almari baju malah katil saiz King untuk korang yang suka bergolek macam Geb pun ada. Setiap sem memang ramai akan ke kedai Tuan Haji ni. Aku boleh nampak bulu kat badan dia setebal duit yang masuk dalam poket dia.
Pusat Komersial adalah heaven bagi student tapi harga makanan kat sini macam hell. kalau korang nak murah datang ke Restoran Nur Qaseh , kenapa tempat itu best? Pak Cik dia hensem dan cool di waktu yang sama. Walaupun nama sungguh kemelayuan tapi kedai ni ada masakan western beb di waktu malam. Itu memang cool.
Dah makan kenyang nak hisap shisha paling best kat sini? mari ke Kamal's Corner. Kalau korang makan situ boleh terus order shisha untuk sahabat handai korang. Nak ajak aku? aku tak nak hisap shisha, aku nak hisap choki-choki sahaja sebab aku suka coklat.
Bagi yang malas nak cuci baju sendiri, jangan risau. Banyak kedai dobi kat sini. ada satu kedai dobi nama CuciSuci. Aku harap aku akan bertambah suci selepas memakai pakaian yang dicuci disana dan orang ramai akan menyapa kelainan yang terserlah dalam diri aku, seperti:
"apahal kau nampak hensem hari ni? ko pakai botox ke?" (tak percaya)
" You nampak sungguh berbeza hari ini la, I likee..." (terpesona)
"Aku boleh merasakan cahaya kesucian terpancar dari kau." (ternganga)
....
Tapi dialog-dialog tersebut tak pernah aku dengar lagi sampai la sekarang. Mungkin esok atau lusa aku akan dengar? mungkin.
Kedai bege (burger) di sini memang berlambak. kalau korang jalan di setiap selekoh yakni akan jumpa brother jual bege. Budak-budak rumah aku terlampau suka makan bege. Muka pun dah macam bege dah. Pabila aku terasa lapar sahaja setiap malam, muka mereka boleh mengugat nafsu perut aku. Kalau diorang boleh dimakan, aku nak makan Jan dulu. Agak-agak kalau aku makan diorang aku dikira kanibal tak?
Bintang mall pula sudah dinaik taraf menjadi Giant. Pertukaran itu sungguh mengembirakan hati penduduk-penduduk hot di PKS7 ini kerana lebih banyak barang dijual di sini. Tapi ingat ya wahai pembaca sekalian, tak semua barang murah di Giant. Ada sesetengah barang dan makanan dijual lebih murah dari Giant seperti di kedai Anggerik dan di 99speedmart. Korang jangan terpedaya dengan kata-kata manis Giant yang menjanjikan harga yang murah walaupun korang selalu nampak muka aku kat Giant.
Menarik tak PKS7? Banyak lagi benda-benda menarik kat sini sebenarnya. Nanti aku cerita aktiviti-aktiviti tak senonoh kitorang kat sini pula.
Pusat komersial adalah tmpt yg plg best penah ako duduk! majulah seksyen 7 utk negara! hehe
ReplyDeletekau buat pusat komersial kedengaran seperti syurga duniawi.
ReplyDeleteaku juga tinggal di shah alam, namun tak pernah dengar tentang tempat ni.
aku tahu.
sungguh kura-kura, bukan? =.=
Rash: Ya, majukanlah sek 7. aku harap kat dalam sana ada dibina sunway lagoon. boleh main air setiap hari
ReplyDeleteKrunch: Memang sungguh keduniawian tempat tu dan ko pulak agak kekura-kuraan aaa sedikit haha.
aku senyum...
ReplyDeleteaku suke choki2...
dan..
aku penah hampir dipakse hisap shisha..
oh kehidupan..
nak try lah makan western kat Restoran Nur Qaseh. kuikuikui...
ReplyDeletehahahah~bila la ak bley gi jalan2 kat sana ek..???
ReplyDeleteNajwa: kehidupan lebih bermakna bila kita hisap choki-choki dan bukannya hisap shisha.
ReplyDeleteFarah: Jom fish and chips haha.
Adli: Bila-bila masa je boleh. kalau ko turun sini bgtau je aku. aku bawak ko makan westren kat kedai melayu.
wahh,, nice picture..
ReplyDeletemcm kat obesi..hee...:D
Amin: Jalan Plumbum adalah trademark Pusat Komersial.
ReplyDeletenasik goreng kambeng Barra sedap.
ReplyDeleteaku benci bila ada makanan sedap..
ia buat aku gemok.
demm....~
Cik ungu: Ko tak rasa lagi nasi goreng unta Barra, aku yakin ko akan gemuk dua kali ganda.
ReplyDeletewoi kedai tuan haji tu kat mana bgtow sat
ReplyDelete