Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru dan Power Rangers...

Jikalau tahun baru menjelma, remaja secara biasanya akan celebrate secara besar-besaran atau dalam bahasa inggerisnya grand... (bukannya geran tanah, geran rumah,geran kereta atau sewaktu dengannya).



Remaja sekarang mempunyai pelbagai cara untuk celebrate tahun baru seperti berkumpul di depan KLCC, jadi penonton konsert Sureheboh, dan ada juga yang hanya menyambutnya di depan tv sahaja akibat ketiadaan bajet sambutan tahun baru.Ya, bila kiraan dah sampai pukul 12, mereka akan terjerit dan melonjat seorang diri (itu aku). jangan ditanya kenapa.



Aku rasa sebuah buku bertajuk ' 100 Ways To Celebrate Your New Year' patut diterbitkan bagi manusia yang tidak berapa tahu nak bersosial di tahun baru seperti aku. Korang pernah jumpa tak buku camtu? kalau ada tolong tempahkan untuk aku.



Dalam banyak-banyak celebration nak sambut tahun baru, ada sekali je aku sambut tahun baru dengan penuh kegemilangan. Yang pasti waktu itu aku bersama kawan-kawan aku dan aku tidak berdiri di depan tv menunggu bunga api berletupan.



Salah seorang dari kawan aku cadangkan movie yang gempak gila untuk dilayan bersama di bilik sempena tahun baru, aku iyakan kerana aku sudah teruja nak sambut tahun baru dengan bukannya berada didepan tv.



Kami layan Power Rangers: The Movie bersama di dalam sebuah bilik yang sempit dan tiada junk food untuk dikunyah bersama sambil mendengar mereka berebut watak rangers putih, Tommy The Handsome One...


Tommy The Handsome One



Budak 1: Tommy tu aku, sesuaikan dengan diriku ini?

Budak 2: Celaka,
white ranger tu aku la tak guna!apahal boleh kat ko pulak?

Budak 1: Sebab dia pandai main seruling dan aku pandai main recorder. ko x pandai so pegi mampus...

Budak 3: Tak sedar diri masing2 hodoh, mana boleh jadi tommy. aku sahaja yang layak beb!

Budak 1&2: Sial!



Aku tak masuk campur sebab aku minat rangers biru, Billy The Nerd One dan tiada siapa nak berebut dengan aku watak tu. Seronok kan tak perlu berebut watak idaman hati kalau heronya adalah nerd?


Billy The Nerd One


Aku pandang luar tingkap...ternampak bunga api terus meletup-letup serta terdengar sorakan riang orang ramai yang berkumpul di dataran yang mengambil masa 1 minit berjalan. daripada aku penat-penat beresak-esak ke sana baik aku layan Power Rangers betul tak?...atau sebaliknya?......




Go-go Power Rangers and Happy New Year to all....

3 comments:

  1. Tommy macam faggot.
    Billy better.

    Pilihan kau bijak. Aku suka.

    ReplyDelete
  2. Agreed, Billy is way cooler than Tommy.

    Kita mempunyai pilihan yang sama. Aku suka juga.

    ReplyDelete
  3. hah, berebeut la korang... hahha lol =="

    ReplyDelete