Friday, January 14, 2011

Adli Dan Binatang Peliharaannya

Adli adalah sepupu saya dan dia adalah seorang pencinta haiwan, dia menyimpan satu impian yang besar iaitu ingin menjadikan rumahnya sebuah zoo (bukan seperti filem zoo lakonan si mazlan pet-pet tu) yang penuh dengan binatang seperti kucing, ayam, lembu, gajah,kuda laut dan lain-lain.


Sebagai pencinta haiwan, dia akan bermain dengan kesemua haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang. Setiap malam sebelum tidur dia bercerita bersungguh-sungguh sampaikan saya boleh membayangkan dia memakai cawat seperti tarzan dan bergayut dari pokok ke pokok. dia pernah menyuarakan hasrat untuk membela dinosaur tapi harapan dia pecah berderai selepas mengetahui dinosaur telah lama pupus melalui discovery channel.



Adli pernah membela dua ekor ayam, seekor jantan dan seekor betina. ayam-ayam tu agak menyakitkan hati sedikit, asal saya berselipar sahaja di hadapan binatang-binatang tersebut, terus mereka akan mematuk jari-jari kaki kerana mereka menyangkakan itu adalah cacing yg besar dan lazat untuk tumbesaran. Bebalkan mereka?



Sewaktu kami masih kecil, di belakang rumah adli terdapat sebuah longkang besar dan didalamnya terdapat hidupan akuatik diberi nama ikan longkang. Kami bekerja keras mencedok ikan-ikan tersebut dengan keinginan merealisasikan impian kami membuka akuarium sebesar Aquaria KLCC.



Rumah adli ketika itu ada membela seekor ikan kaloi. Mata ikan tersebut sangat lah besar dan bulat. besar dan bulat seperti sebiji bola ping-pong. Saiz dia jangan cakap, memang teramat besar hinggakan ikan itu boleh dimasak sweet sour dan makan selama seminggu untuk satu keluarga yang besar dan jiran tetangga sekali.



Ingat lagi tak ikan longkang yang kami tangkap tu? segala ikan-ikan tersebut kami tuang ke dalam akuarium si kaloi. Kami menyaksikan kekejaman kaloi devour ikan longkang tersebut. Kami memberi semangat kepada ikan longkang tersebut dengan berduet lagu Destiny Child, Survivor.


I'm a survivor (what),
I'm not gonna give up (what),
I'm not gon' stop (what),
I'm gonna work harder (what),
I'm a survivor (what),
I'm gonna make it (what),
I will survive (what),
Keep on survivin' (what)...

-----

Semua ikan tersebut habis dimakan oleh kaloi dalam masa 10 saat. Kami berhenti menyanyi dan saling berpandangan. Dengan spontan adli mencadangkan untuk menangkap lagi ikan longkang keesokannya. saya mengangguk kepala tanda bersetuju dan kami terus tidur.


Esoknya kami bermain enjit-enjit semut dan seperti kanak-kanak yang lain, pelan menangkap ikan longkang dilupakan sama sekali. Itu memang adalah sifat semulajadi kanak-kanak riang seperti kami dan itu adalah fakta ya.


-----


Sekarang binatang yang dipelihara adalah seekor kucing jantan bernama Oren. Oren adalah seekor kucing (dan mungkin satu-satunya) yang kalut. Pernah sekali sewaktu ia tengah lepak menjilat bulunya, tiba-tiba sehelai daun kering jatuh ke lantai. Oren tersentak dan terus mengelabah melihat sekeliling dan tiba-tiba lari seperti seekor lipas yang kudung walhal dia adalah seekor kucing yang tidak kudung. Fenomena pelik dengan perangai kalut kucing tersebut masih kekal misteri sampai sekarang.


Kalian nak tengok kucing kalut tersebut?



Oren Si Kalut

7 comments:

  1. dulu mase aku kecik ade kuceng rajin datang rumah aku.
    ekor die pendek.
    bukan terlipat, bukan terpotong. memang pendek.
    dia hitam.

    jadi,lepas pikir name yg sesuai yg berkaitan dgn ciri2 kuceng tu,
    akhirnya aku namakan dia Zubaidah.

    ReplyDelete
  2. aku paham yang ikan longkang tersebut mati kerane ikan kaloi... namun... aku pernah memelihare segerombolan ikan yang mati secare tibe2 dan tanpa sebab...

    aku sedih... (-_-')

    ReplyDelete
  3. hohoho
    semua aku pernah bela...
    tapi paling ku suka bela ialah ikan Hantu

    ReplyDelete
  4. thanks sudi visit blog saya
    yups...
    saya suka dunia yang ceria
    maybe sebab tu blog tu colourful...
    hahahha
    tak ada fb?
    kalau ada add lah saya kalau sudi - Hans Hanis

    ReplyDelete
  5. Krunch: Erk, apahal deskripsi kuceng ko sama dengan kuceng kat belakang rumah aku? aku namakan dia Black sempena nama penyanyi sofea jane tu walaupun dia betina.

    Amin: Kucing adli semua comel2 belaka macam tuan dia.

    Najwa: Aku faham perasaan ko dan aku simpati juga dengan kematian ikan longkang kami (padahal disengajakan). Ada terfikir nak guna khidmat CSI nak siasat misteri kematian ikan anda?

    Hans: Ikan Hantu...aku harap rupanya tak menyerupai dengan nama yang diberi hehe.

    ReplyDelete
  6. sekarang da bertambah~ ada ikan laga~!!!yeeayy!!!!!!

    ReplyDelete