Setiap malam memang ramai manusia pergi melepaskan kemerduan suara masing-masing kat sana. Bayangkan nak pergi berkaraoke pun kena ambik nombor pastu tunggu giliran kat luar tu. Sungguh sistematik kan?.
Bagi yang berkeinginan membuka perniagaan yang berjaya di sini, Aizul menyarankan anda membuka tempat berkarok seperti Bintang Gemilang dan berterima kasih kepada cadangan aku dengan memberi aku karok 50 lagu setiap hari dengan free sebotol air mineral.
Melihatkan muka-muka remaja yang beratur panjang itu, aku boleh simpulkan yang mereka mengalami gejala stress ataupun dalam bahasa melayunya Tegang ( lecturer aku cakap camtu dowh) sehingga mereka perlu melepaskan segala-galanya melalui nyanyian. Macam mana aku boleh tahu fakta tersebut? sebab aku tanya:
Stress = Tegang (melalui pemahaman lecturer aku.)
Aizul : Asal ko selalu datang Karok kat sini?.
Budak Karok: Sebab aku sekarang tengah tegang (stress).
Aku terdiam dan berharap jawapan yang diberikan tidak mempunyai maksud double meaning macam manusia-manusia yang dikatakan lawak dalam Raja Lawak tu buat. Aku rasa aku kena tanya lecturer Bel aku untuk bertanyakan teori apakah stress itu maksudnya Tegang.
Ada seorang member aku yang merupakan pelanggan tetap karaoke bintang tu. Namanya Amin tapi dia selalu mintak orang panggil dia Hensem tapi kitorang tak layan permintaan dia sampailah sekarang.
Dia sering cakap wajahnya mirip Legolas tetapi sehinggalah sekarang aku masih tertanya-tanya apakah persamaan mereka. Tapi apa yang pasti mereka berdua memiliki warna kulit yang jauh berbeza antara satu sama lain. Itu memang aku pasti.
Selalunya kalau hari ini muka dia muncul kat rumah aku, dialog yang akan dilafazkan adalah...
"Wei jom pergi karok. "
"Wei jom pergi karok. "
Aku memang agak malas nak ikut dia memendam perasaan di sana. Dah lah kena amik nombor pastu kena tunggu lagi. Cuba kalau dia mengutarakan dialog:
Esoknya...
"Wei jom pergi karok. "
Tulat...
"Wei jom pergi karok. "
" Wei jom pergi karok, aku belanja 20 lagu dan KFC dinner plate seminggu. "
Serius keimanan menunggu giliran aku terus menebal.
Serius keimanan menunggu giliran aku terus menebal.
Bila dia nyanyi, memang pitching terbaik punya la dia berikan. sekali dia rapping, macam Sean Paul. sepatah haram pun aku tak faham. Kadangkala aku keliru samada dia tengah nyanyi ke atau pun rapping di waktu yang sama. Adakah itu dikira sebagai salah satu keistimewaan beliau? mungkin.
Aku malas nak cerita panjang kehebatan berkarok dia ini, korang bacalah sendiri kat blog dia mengapa dia rajin pergi karaoke.
PS: Kalau Stress itu Tegang, Continuous Stress dalam bahasa melayunya adalah Ketegangan Yang Berterusan? bunyinya seperti tidak kena sahaja.
itu bahaya. maksud aku, kontinues setress.
ReplyDeleteyg suruh pggil hensem tu tipuuu.... hahahaa
ReplyDeleteTikus: ya, Ketegangan Yang Berterusan itu memang merbahaya.sila jaga kesihatan anda dengan baik.
ReplyDeleteAmin: Merepek, perkataan tu aku dah biasa dengar dari mulutmu ke halwa telingaku jangan nak berdalih lagi.
kulit saya tegang. tanpa botox
ReplyDeleteKulit saya tegang juga, menggunakan penyepit sidaian baju.
ReplyDelete