Sunday, August 28, 2011

Kemamaian

Kadangkala aku akan tertidur sewaktu perjalanan jauh tanpa aku sedari. Ya, aku ni memang kaki tidur. Siapa nak join aku mari kita ber-sepp tangan sikit.

Dijadikan cerita, sebelum kami sekeluarga pulang ke kampung di kelantan. Rumah Pak Ngah dikuantan akan dijadikan destinasi murni. Aku tidur seperti biasa walaupun mental aku cukup kental untuk menikmati keindahan perjalanan pulang kedesa, kedua mata ini don't lie untuk menahannya. Jadi aku tidur jua akhirnya.


Bila kita tidur dan terbangun secara tiba-tiba, itu akan mencetuskan fenomena 'mamai'. Situasi itu terjadi diwaktu kami sudah tiba dirumah Pak Ngah kami dan aku masih lagi tidur diwaktu itu.


" Woi, Bangun woi, bangun! " panggil adik aku dengan gaya Shark KL Gangster.


Aku celik sebelah mata.


Mamai mula melanda.


Mengantuk wei.


Aku terus keruang tamu rumah Pak Ngah.


Menunggu Pak Ngah keluar dari biliknya.


Berdandan mungkin untuk menyambut anak saudaranya yang tidak berapa comel ini.


Mata menangkap sesuatu diatas meja.


Eh, ada kuih raya didalam balang disusun dengan molek sekali.


Bagus keluarga Pak Ngah ni, ada lebih kurang 3 hari lagi nak raya semua kuih sudah disediakan.


Pak Ngah keluar dari bilik.


Salaman dari seorang anak saudara aku hulurkan walaupun separa mamai.


Pak Ngah kata " Jemput la makan kuih raya tu."


Aku dengan perasaan kemamaian menyebulungi diri terus ambil balang kuih tart nenas.


Pusingkan penutupnya dengan sekali pulasan sahaja, kuih sudah bersedia untuk dirasa.


" Hmm... lama dah tak makan kuih tart nenas ini. " bisikan hati yang didengari.


Sewaktu tangan kanan sudah bersedia untuk meragut sebiji kuih yang comel tersebut...


Aku macam teringat sesuatu...


Apa ya?


Aku lihat Pak Ngah terlopong sahaja memandang diriku ini


.....


Postur aku ingin mengambil kuih tart nenas masih tidak berubah lagi.


.....


Bukan ke hari ni aku... ???


PS: Oh Pak Ngah, tolonglah jangan bergurau dengan saya sewaktu saya sedang mamai.


4 comments: