Astro sekarang tengah mempromosikan 2 saluran terbaru sekarang iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) sehingga 14 ogos ini. Ya, nama saluran dia memang indah tapi saluran tersebut bakal dipenuhi dengan segala apa hiburan dari Indonesia selama 24 jam. Dan ya, drama Indonesia MUNGKIN diselitkan sekali.
Dalam banyak-banyak drama di TV, aku memang paling menyampah dengan drama dari negara seberang. Terutama cerita Bawang Merah Bawang Putih masa zaman aku sekolah menengah. Rika Sumanto? aku ingat lagi nama tu sampai sekarang.
Setiap kali aku tengok mana-mana sinetron tersebut mesti ada aspek-aspek yang hampir membuatkan aku mencampakkan TV keluar tingkap seperti :
1. Susunan muzik sangat 'suspen' gila dan di-recycle sehingga ke episod akhir.
2. Efek zoom in ke muka pelakon disertakan dengan efek slow-motion bertaraf hollywood.
3. Skrip yang asyik diulang-ulang tulang sehinggakan boleh dihafal.
4. Pelakon pandai menghadapkan diri mereka ke kamera bila konflik terjadi dan mula membuat reaksi muka sejajar dengan jalan cerita.
5. Dalam satu drama mesti ada watak yang baik lagi suci diseksa dibuli oleh seorang watak jahat yang dibantu oleh mak atau mak ciknya. SANGAT TIPIKAL.
Aku rasa sebab utama yang membuatkan aku masih lagi menonton sebilangan kecil sinetron di TV adalah kerana Heroinnya (Ceweknya cantik bangat dong!) Pengarahnya bijak memilih pelakon yang lawa dimata tetapi buruk lakonannya. Itu memang aku tak nafikan.
Ok,Berbalik kepada saluran indopek tersebut.
Nasib baik banyak filem ditayangkan kat saluran tu. Aku tengok filem diorang okay pula, tak macam drama diorang yang rata-ratanya cam jahanam. Salah satu filem yang aku tengok adalah Saus Kacang.
Bunga Citra Lestari. Aku suka nama tu dan kepala dia bulat. Kalaulah dia jadi permaisuri dihatiku aku nak panggil dia 'Bubu'. Sweetkan aku? tapi sayang dia dah jadi bidadari jantung pisang kepada si Ashraf Sinclair ( awwww ).
Dimana aku tadi? oh ya Bunga Citra Lestari.
Filem dia lebih kurang si Ashraf yang hensem pergi bercuti ke Bali lalu terjumpa si Bunga yang bekerja di hotel sebagai seorang chef yang comel lalu mereka bercinta secara romantis sekali ditepi pantai Bali yang indah tetapi banyak pancaroba yang hadir menimpa mereka. Cuma apa yang berbeza adalah ketiadaan aspek-aspek yang menyakitkan hatiku seperti yang aku nyatakan tadi.
Kesimpulannya, walaupun drama diorang memang tersangat crap sekalipun dimata anda, tidak semestinya filem mereka se-crap drama yang diorang hasilkan. Ambillah remote astro anda dan luangkan masa sebentar di saluran Bintang dan Pelangi. Sekian.
PS: Selepas aku tengok cerita Saus Kacang, ada sesiapa nak ikut aku pergi Bali tak? mana tahu jumpa pekerja hotel muka macam Bunga Citra Lestari kan kan kan?
Kita memang memiliki persamaan yg unggul dalam membenci sinetron dan melopong bila terlihat cewek.
ReplyDeleteElla: Ya, lepas mesti dibantu oleh tantenya yang merupakan perempuan juga. Tipikal bukan?
ReplyDeleteTikus: Kita banyak persamaan. Sep sikit.
ReplyDelete