Wednesday, August 31, 2011

Raya & Impian

Setiap kali hari raya menjelma, impian suci murni mengumpul duit raya sebanyak RM1000 tapi setiap tahun juga duit raya itu semakin berkurang sejak saya mencapai akil baligh disekolah menengah. Ya, saya semakin bertambah tinggi semenjak itu.


Saya tahu saya mempunyai ketinggian seorang next top model tetapi itu tidak menjadi alasan mengapa pakcik-pakcik dan makcik-makcik tidak memberikan saya uit ghaye dan menganggap saya sudah bekerjaya dengan jayanya.


Tolonglah fahami, tolonglah mengerti bahawasanya saya masih lagi pelajar yang masih menuntut ilmu di UiTM Shah Alam yang berumur 21 tahun lagi. Sungguh. Tak tipu. Lihatlah wajah saya ini. *sengih*


.....


Pakcik-pakcik dan makcik-makcik masih tidak percayakan saya lagi?


......


Mungkin saya patut mencukur janggut saya ini.


Perlukah janggut dikaitkan dengan duit raya? hmm..


......


Ok, saya dah buat keputusan. Saya akan nyanyikan lagu ini dengan penuh kecomelan kepada pakcik-pakcik & makcik-makcik diluar sana. Pasti mereka akan terhibur sama!






Mungkin duit raya akan datang berduyun-duyun kembalikan? kan? kan?


Dengan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf secara zahir dan batin jikalau ada terbuat salah silap kepada semua bloggers sekalian.


Selamat berhari raya! Jangan lupa beri saya duit raya & mari pulun kuih raya jom!

Sunday, August 28, 2011

Kemamaian

Kadangkala aku akan tertidur sewaktu perjalanan jauh tanpa aku sedari. Ya, aku ni memang kaki tidur. Siapa nak join aku mari kita ber-sepp tangan sikit.

Dijadikan cerita, sebelum kami sekeluarga pulang ke kampung di kelantan. Rumah Pak Ngah dikuantan akan dijadikan destinasi murni. Aku tidur seperti biasa walaupun mental aku cukup kental untuk menikmati keindahan perjalanan pulang kedesa, kedua mata ini don't lie untuk menahannya. Jadi aku tidur jua akhirnya.


Bila kita tidur dan terbangun secara tiba-tiba, itu akan mencetuskan fenomena 'mamai'. Situasi itu terjadi diwaktu kami sudah tiba dirumah Pak Ngah kami dan aku masih lagi tidur diwaktu itu.


" Woi, Bangun woi, bangun! " panggil adik aku dengan gaya Shark KL Gangster.


Aku celik sebelah mata.


Mamai mula melanda.


Mengantuk wei.


Aku terus keruang tamu rumah Pak Ngah.


Menunggu Pak Ngah keluar dari biliknya.


Berdandan mungkin untuk menyambut anak saudaranya yang tidak berapa comel ini.


Mata menangkap sesuatu diatas meja.


Eh, ada kuih raya didalam balang disusun dengan molek sekali.


Bagus keluarga Pak Ngah ni, ada lebih kurang 3 hari lagi nak raya semua kuih sudah disediakan.


Pak Ngah keluar dari bilik.


Salaman dari seorang anak saudara aku hulurkan walaupun separa mamai.


Pak Ngah kata " Jemput la makan kuih raya tu."


Aku dengan perasaan kemamaian menyebulungi diri terus ambil balang kuih tart nenas.


Pusingkan penutupnya dengan sekali pulasan sahaja, kuih sudah bersedia untuk dirasa.


" Hmm... lama dah tak makan kuih tart nenas ini. " bisikan hati yang didengari.


Sewaktu tangan kanan sudah bersedia untuk meragut sebiji kuih yang comel tersebut...


Aku macam teringat sesuatu...


Apa ya?


Aku lihat Pak Ngah terlopong sahaja memandang diriku ini


.....


Postur aku ingin mengambil kuih tart nenas masih tidak berubah lagi.


.....


Bukan ke hari ni aku... ???


PS: Oh Pak Ngah, tolonglah jangan bergurau dengan saya sewaktu saya sedang mamai.


Monday, August 15, 2011

Sahur Bersama Aznil Nawawi

4.30 pagi.


Buka mata seluasnya.


Pandang sekeliling.


Sengih sebentar.


Sambung tidur kembali.



..........


5.00 pagi.


Buka mata semula.


Menguap seperti badak air.


Tepuk pipi.


Turun katil.


Pergi tandas.


Terdengar suara Aznil dari ruang tamu bawah.


Kuat pula dia gelak kat bawah tu.


Cuci muka.


Turun bawah.


Nasi putih panas berasap sedia terhidang.


Telur goreng bermandikan kicap juga kelihatan.



..........



Aznil seperti biasa sentiasa ada menemani kami sewaktu bersahur.


Setiap kali itu juga pakaian yang dipakainya amat stylo belaka.


Beli mana ya agaknya?


Seronok mendengar celotehnya sambil bersahur sama.


Kami hanya mendengar dan kadangkala tertawa bagai nak rak.


Sakit perut dibuatnya.


Nasib baik tak tersedak.


Selalunya dia akan membawa kawan-kawan dia bersama.


Dan budak-budak kecil lagi comel.


Bertambah riuhlah suasana ketika itu.


Sudah habis waktu bersahur pun dia masih lagi setia menemani.


Menarik bukan kehidupan seharian bersamanya di bulan ramadhan ini?


..........



Azan Subuh sudah mula kedengaran.


Tutup TV.


Naik atas.


Pergi tandas.


Harap Aznil akan muncul lagi keesokan harinya.


Untuk menceriakan hati lagi.



Macam-Macam kan Aznil tu?



Friday, August 12, 2011

Saus Kacang

Astro sekarang tengah mempromosikan 2 saluran terbaru sekarang iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) sehingga 14 ogos ini. Ya, nama saluran dia memang indah tapi saluran tersebut bakal dipenuhi dengan segala apa hiburan dari Indonesia selama 24 jam. Dan ya, drama Indonesia MUNGKIN diselitkan sekali.


Dalam banyak-banyak drama di TV, aku memang paling menyampah dengan drama dari negara seberang. Terutama cerita Bawang Merah Bawang Putih masa zaman aku sekolah menengah. Rika Sumanto? aku ingat lagi nama tu sampai sekarang.


Setiap kali aku tengok mana-mana sinetron tersebut mesti ada aspek-aspek yang hampir membuatkan aku mencampakkan TV keluar tingkap seperti :


1. Susunan muzik sangat 'suspen' gila dan di-recycle sehingga ke episod akhir.

2. Efek zoom in ke muka pelakon disertakan dengan efek slow-motion bertaraf hollywood.

3. Skrip yang asyik diulang-ulang tulang sehinggakan boleh dihafal.

4. Pelakon pandai menghadapkan diri mereka ke kamera bila konflik terjadi dan mula membuat reaksi muka sejajar dengan jalan cerita.

5. Dalam satu drama mesti ada watak yang baik lagi suci diseksa dibuli oleh seorang watak jahat yang dibantu oleh mak atau mak ciknya. SANGAT TIPIKAL.


Aku rasa sebab utama yang membuatkan aku masih lagi menonton sebilangan kecil sinetron di TV adalah kerana Heroinnya (Ceweknya cantik bangat dong!) Pengarahnya bijak memilih pelakon yang lawa dimata tetapi buruk lakonannya. Itu memang aku tak nafikan.


Ok,Berbalik kepada saluran indopek tersebut.


Nasib baik banyak filem ditayangkan kat saluran tu. Aku tengok filem diorang okay pula, tak macam drama diorang yang rata-ratanya cam jahanam. Salah satu filem yang aku tengok adalah Saus Kacang.





Bunga Citra Lestari. Aku suka nama tu dan kepala dia bulat. Kalaulah dia jadi permaisuri dihatiku aku nak panggil dia 'Bubu'. Sweetkan aku? tapi sayang dia dah jadi bidadari jantung pisang kepada si Ashraf Sinclair ( awwww ).


Dimana aku tadi? oh ya Bunga Citra Lestari.


Filem dia lebih kurang si Ashraf yang hensem pergi bercuti ke Bali lalu terjumpa si Bunga yang bekerja di hotel sebagai seorang chef yang comel lalu mereka bercinta secara romantis sekali ditepi pantai Bali yang indah tetapi banyak pancaroba yang hadir menimpa mereka. Cuma apa yang berbeza adalah ketiadaan aspek-aspek yang menyakitkan hatiku seperti yang aku nyatakan tadi.


Kesimpulannya, walaupun drama diorang memang tersangat crap sekalipun dimata anda, tidak semestinya filem mereka se-crap drama yang diorang hasilkan. Ambillah remote astro anda dan luangkan masa sebentar di saluran Bintang dan Pelangi. Sekian.


PS: Selepas aku tengok cerita Saus Kacang, ada sesiapa nak ikut aku pergi Bali tak? mana tahu jumpa pekerja hotel muka macam Bunga Citra Lestari kan kan kan?


Monday, August 8, 2011

Kapten Amerika

Minggu lepas Aboy ajak aku keluar lagi untuk sebuah lagi produk keluaran Marvel iaitu Kapten Amerika. Filem-filem Marvel memang layan gak dari segi aksi beraksi ni. Lari lompat guling tembak golek letup. Marvel memang hebat dalam hal ni.


Kitorang pergi sehari sebelum puasa. Tak sanggup aku nak layan movie ditemani bau-bauan popcorn yang lazat. Korang sanggup ke? Tak pasal-pasal berlaku kes misteri popcorn habis dengan sendirinya didalam panggung wayang kat Summit nanti.


Jadi jangan melintaskan idea untuk untuk ajak aku keluar tengok wayang diwaktu bulan ramadan ni di fikiran anda ya.



Si Kapten Amerika ni mempunyai tranformasi fizikal yang menarik kalau dibandingkan dengan superhero lain. Dari seorang budak pendek kurus kering dimana kepalanya pun lebih besar dari badannya sendiri sehinggalah jadi si kacak yang tinggi lagi gagah perkasa perdana.


Benda yang sangat menarik sekali untuk dipuji sehinggakan buat aku tergamam seketika adalah editing produksi tersebut dalam memanipulasi badan superhero si Chris Evans menjadi badan seorang superloser. Hm, patutlah kepala dia semacam je besar dari badan dia.


Gambar diatas tu sebelum diedit, yang bawah tu selepas diedit.Dashyatkan dengan teknologi sekarang?




Oh ya, kostum baru dia memang smart gila. Jujur aku cakap aku tak berapa tertarik pada kostum dalam versi komik dia sangat tapi bila direalistikkan didunia ini, produksi telah mengubahsuai sut dia sehinggakan memang nampak menarik dan nampak kebal dimata.


Seperti biasa, kalau korang tunggu sampai credit tu habis, sudah jadi tabiat Marvel akan selitkan teaser khas untuk movie mereka seterusnya. Aboy dah terjerit-jerit macam orang kena histeria dah bila tengok, nasib baik ramai dah keluar panggung. Yang tinggal pun mereka yang merupakan peminat Marvel (kami la tu)


Teaser apa tu ya?, bila Marvel sudah memperkenalkan latar belakang semua superhero didalam filem masing-masing (kecuali Hawkeye), mereka bakal bergabung didalam sebuah kumpulan yang dikenali sebagai THE AVENGERS di dalam satu filem yang epik pada 2012.


PS: Ironman, Thor, Incredible Hulk, Captain America, Hawkeye didalam satu filem. Ada alasan lain ke untuk tidak tengok filem ini di pawagam?