Friday, April 1, 2011

Berjalan Kucing

Ada satu kelas yang pensyarah aku kat UITM memang kreatif. Kitorang sekelas memang tidak boleh menjangka apa assignment mengejutkan yang akan dia lakukan selepas ini.


Sebelum ini dia minta kami sekelas membaca berita di dalam kelas, pastu berdrama swasta dalam kelas. nasib baik takde tema Musical kalau tak memang serius kitorang buat cam High School Musical.
We all on this together~ (lagu HSM, aku minat cerita tu)


Setiap giliran rakan-rakan seperjuangan aku dapat lagu lain-lain tapi semua lagu disko. memang Happening habis, masing-masing cuba memosingkan diri sehabis baik. Ada yang bajet Tyra Banks dan Adriana Lima. Yang paling aku kagum ada seorang tu sanggup berbaring kat runaway demi memberikan yang terbaik. Mungkin aku patut guling-guling kat lantai bila tiba giliran aku.

Sampai giliran kumpulan kami. Aku dah mula streching memanaskan badan, kumpulan kitorang dapat lagu 'Keabadian Cinta' Anuar Zain dimainkan. Gila? budak-budak lain dapat lagu disko G6 yang boleh headbang kitorang pulak dapat lagu jiwang karat ini?


(Sila rujuk video ini untuk mendengar melodinya)



Starting lagu dia memang tak boleh blah...

Aku terdiam dan ternganga seorang diri...




Pensyarah mula menunjukkan isyarat jari untuk mulakan langkah...




Aku orang pertama di dalam barisan...




Bagaimana ni?




Aku tarik nafas...




Berbekalkan ketinggian seorang next top model, aku mulakan langkah...




Pergerakan aku diperlahankan mengikut rentak lagu yang mendayu tersebut...




Semua orang bersorak riang, 'wooooo'...




Aku berhenti di depan runway...




Otak aku dah kosong dan tidak tahu nak buat apa...




Semua orang diam menanti pose apa yang aku bakal persembahkan...




Akhirnya aku melakukan satu gerakan di luar jangkaan...



-----



(aku serahkan kepada imaginasi anda semua untuk meneka apa yang telah aku lakukan)



Mereka terdiam seribu bahasa dan perkataan 'Eeeeee' kedengaran...



Aku rasa maruah diri aku dah tercalar. Mereka pasti memberikan persepsi yang hodoh terhadap aku mulai hari itu.
Kadangkala badan aku akan berreaksi dengan sendirinya tanpa aku sedari. Bukan salah aku badan aku berreaksi sebegitu rupa pada kelas petang itu.


PS:
Aku rasa aku dah trauma dengan lagu tu tapi suara Anuar Zain sedap, itu memang aku tak nafikan.

2 comments:

  1. bilakah ini semua telah terjadi?? Ak cam terlupa. ??? O.O

    ReplyDelete
  2. Wardah: Masa tu ko xde dalam kelas, ko pergi semayang. Kitorang kat dalam kelas disiksa untuk ber-cat walk. Hafeez ada recod, Nanti aku tunjuk video kontroversi tersebut

    ReplyDelete