Friday, March 25, 2011

I disambung phone



Apa telefon bimbit yang menjadi kegilaan ramai sekarang? Sudah tentulah Iphone keluaran apple. takkan la korang nak cakap nokia old school skrin kecik dan hitam putih 3310 itu telefon bimbit terhangat sekarang bukan? (kalau tak kenal telefon bimbit tersebut sila google sendiri).



An, salah seorang rakan serumah aku telah memajukan diri beliau dengan membeli barangan Steve Job iaitu Iphone (tepukan gemuruh untuk beliau woo~). Aku kagum dengan kepintaran telefon bimbit dan harganya yang sukar diterima akal. Sebuah telefon bimbit yang mempunyai skrin sesentuh itu adalah satu revolusi teknologi beb!



An tunjukkan aku permainan yang menarik (Iphone memang gila banyak aplikasi permainan dia kot). Permainan itu berkisarkan strategi membunuh babi hijau. kenapa burung-burung tersebut marah? kenapa babi-babi itu berwarna hijau?
apakah babi-babi tersebut jatuh ke kawah toksik? pelbagai persoalan bermain di minda aku bila bermain permainan ini tapi aku tetap nampak An bermain dengan penuh bersemangat. Aku tak tahu kenapa tapi muka-muka babi-babi hijau tersebut mula membuatkan aku jelik.





Ada lagi satu permainan yang menarik perhatian iaitu Fruit Ninja, anda hendaklah menunjukkan kepakaran memotong buah dengan kecekapan tangan anda. Amir, lagi salah seorang budak rumah aku, digelar Cina (tanya dia sendiri kenapa digelar sedemikian) mencuba permainan tersebut.

Slash, Slash, Slash.

Dapat 268 markah. Dia bangga dengan pencapaian tersebut.

Giliran aku pula mencuba.


Slash, Slash, Slash.


Aku berjaya mendapatkan markah 274 berkat hasil kelincahan kedua belah tangan tangan aku (genius tak aku?) . Amir tak puas hati. Dia terus mencuba bersungguh-sungguh selama setengah jam hinggalah mendapat markah 276. Dia bersorak keriangan padahal hanya beza 2 markah sahaja.





Permainan paling puas hati dimain adalah Infinity Blade. kalau korang tengok grafik dia memang lawa gila, macam PS3 punya grafik kot. Tahu apa yang aku tak puas hati? kalian nampak gergasi pegang kapak di dalam gambar bawah ni? makhluk tidak berguna tu terus menjadi penghalang untuk aku meneruskan perjuangan, hampir habis bateri Iphone An aku pulun semata-mata nak bunuh binatang durjana tersebut tapi apakan daya, aku tak reti nak pulihkan nyawa aku (heal). Sesiapa tolong ajar aku dowh.




.


PS: Korang nak tahu tak? telefon nokia 3310 tersebut amatlah tahan lasak. Baling la dari tingkat 3 4 sekalipun telefon tersebut masih tetap dapat digunakan selepas disambungkan semula . Kalau Iphone dibaling pula?

5 comments:

  1. Amin: aku tak ingat model apa telefon bimbit tersebut, aku tanya Amir. Dia yang beri kod C3310 tersebut. Mungkin C3310 kembar kpd 3310 mungkin?

    ReplyDelete
  2. nak beli. sekarang.

    (sembang macam nak beli popia tiga seringgit)

    ReplyDelete
  3. hahaha ak pernah try game angry birds
    best juga main baling2 tuh xD

    sepatutnya Iphone keluaran paling baru so dia patut lagi tahan lasak lah kan?

    ReplyDelete
  4. Ungu: Jom beli kat kedai mak cik kiah jual pisang foreng panas tepi jalan.

    Raji: Best tapi susah nak bunuh raja babi hijau pakai mahkota kat kepala.

    Skrin dia depan belakang pakai gorila glass yang unscratchable jadi korang boleh main gores2 pakai duit syiling.

    ReplyDelete