Sunday, June 19, 2011

Potong Jari



Terbaca post ni.

Melihatkan gambar-gambar jari bang ucienya yang cedera tersebut memaksa minda aku untuk ber-flashback ke satu memori yang tidak seberapa indah.

Waktu itu aku masih lagi duduk kat perindu 3 UiTM Shah Alam. Final assesment untuk subjek packaging sudah menghampiri (petang itu juga) dan aku sedang mengusahakan diri memotong design aku yang diprint diatas kertas A3.

Disebabkan kesibukan yang membelenggu, aku tidak makan apa-apa pun dari semalam. (hanya meminum sky juice yang lazat) berserta tidur yang tidak mencukupi. Aku tidak beberapa fokus di dalam memotong.

Aku letakkan tangan kiri menahan pembaris besi diatas kertas dan memotongnya menggunakan pisau yang tajam dengan tangan kanan.

Tapi hari itu aku nasib aku tidak beberapa baik. Disebabkan kekurangan kudrat + hilang fokus, walaupun sudah ditahan dengan pembaris besi. tangan kanan aku tergelincir sewaktu proses memotong dilakukan.



ZAAAS! (bukan Wahid Senario punya ayat ya, itu bunyi sound effect)



Sehiris Isi daging dipotong lurus seperti Sushi kelihatan diatas kertas. (kalau letak nasi bawah dia mesti nampak sedap)



Daging telunjuk tangan kiri aku terpotong sedikit.

Aku terkejut.

Darah mula membuak-buak keluar dari jari telunjuk.


Aku tergamam.

Seorang pondan pakai seluar jean ketat lalu depan bilik.

Aku terpandang.


Tidak pernah aku terlibat dalam situasi Saw sebegini.



An bajet aku akan menjerit macam Chester Bennington dalam cerita Saw. tapi aku terdiam tidak rasa apa-apa kerana pisau itu tajam.


Luka tu aku balut dengan plaster.

Aku rasa aku dah trauma dalam kerja potong-memotong. Tapi potong kereta dijalan raya tidak lagi kot.


PS: Kalian tahu tak filem Saw dicipta oleh orang Malaysia?

6 comments:

  1. Seorang pondan pakai seluar jean ketat lalu depan bilik.


    apa sumbangan watak ni dalam cerita? dia nampak menarik.


    jaga kesihatan. jaga minda. dan imaginasi kau pasal daging jari nampak enak bila letak nasik, itu buat aku macam nak pukul kau. maksud aku, betul-betul pukul kau.

    jijik bodoooooo.

    ReplyDelete
  2. tak sangka aku punya entri ada gunanya utk kau.

    main flash back wooo

    aku pernah terpisaukan jari aku. tak nangis tak jerit. merengek cukup.

    ReplyDelete
  3. ouuccchhh!
    aku pernah terpisaukan jari aku jugak masa basuh pinggan. lepas tu aku lagi suka basuh pinggan. releven tak? haha:P

    ReplyDelete
  4. Ieka: Ya, sangat epic.
    Ungu: Sayangnya watak pondan tu hanya wujud dikolej. Jangan tengok banyak sangat cerita zombie dan kanibal. nanti jadi cam aku.

    ReplyDelete
  5. Pyka: pelik reaksi ko ya. Aku lak tiada perasaan lepas terpisaukan jari.
    Farey: Pinggan ko setajam pisau ke? dashyat pinggan ko ni sampai boleh melukakan pemakainya.

    ReplyDelete