Kalian tahu tak belakang Unisel ada tempat jamming? Tak tahu? biar aku ceritain ya.
Pernah ke korang jumpa jamming studio yang ada menyediakan tabung derma madrasah? Serius kat sini ada kot. Tabung tu amat stylo design dia, sebiji botol mineral yang dibelah dua dan ditempek tulisan 'Tabung Ikhlas Madrasah'. Sangat Minimalism.
Bayangkan lepas jamming melalak macam beruk kat hutan dalam studio tu bila keluar sahaja dengan rambut serabai + muka yang rock+ muka bersolek + kedua belah tangan menunjukkan isyarat rock keatas macam ni pandang tabung derma madrasah, seluk poket kanan, dan masukkan not RM1 ke dalamnya. Bukankah itu amalan terpuji? se-rock mana diri anda sekalipun, derma untuk dunia tidak dilupakan. Betul tak wahai bloggers sekalian?
Abang yang jaga tempat tu serius muka macam Ali XPDC, sekali dia test gitar amik ko selamba main lagu Composure. Jan pun terpegun melihatnya. Bilik jamming dia berwarna merah. Warna merah memberi kesan adrenaline pada psikologi kita untuk berjamming dengan penuh bersemangat waja. Bijak, Aku rasa Abang Ali XPDC lookalike ni pernah masuk kelas psikologi warna dulu.
"It's showtime" bak kata orang puteh.
Lagu wajib = Reptilia
Dude hanya duduk menonton kami ditepi (dia baru lepas jamming sebelum kitorang). Kami mengambil posisi masing-masing. Jan menjadi hero lead guitar, An pula mengiringi dengan rhythm guitar, Dzul mengekalkan rentak dengan hentakan drum dan aku mengambil posisi bassist.
Farey cakap kaum bassist ni kaum yang hensem-hensem belaka.
Aku tengok cermin.
Aku tak tergolong dalam golongan tersebut.
Fakta itu membuatkan hati aku lagi sedih.
Mari kita teruskan.
Fazza, Nik dan Azran sampai sebagai supporting crowd yang tak berbayar. Sebenarnya aku harapkan diorang jadi cheerleaders sebenarnya daripada support, baru la kitorang boleh main dengan penuh bersemangat sambil termuntah sama. Lepas tu mereka join sekali rock & roll bersama.
Dude adalah seorang lelaki (boleh dikenalpasti dengan nicknamenya itu). Dia ini umpama afdlin shauki yang boleh main drum dengan begitu hebat sekali. Dia comel dan berbakat besar dowh, bukan setakat drum dia boleh pukul sampai patah drumstick Dzul (gempakkan?), dia boleh juga main bass dengan tangan yang laju dan lembut seperti sotong. Mungkin dia berbakat dalam suara juga. Nanti aku nak mintak dia nyanyi depan aku. mungkin suara dia sama dengan P.Ramlee kot.
Amir cakap kami memerlukan nama kalau mahu komersial, selari dengan tempat tinggal kami, Pusat Komersial. Dia mencadangkan nama The Brush, sinonim dengan nama The Strokes. Cadangan beliau akan dipertimbangkan oleh kami berempat.
PS: Agaknya bila boleh jadi sehebat mamat kat atas ni?
ajar aku main bass weh!
ReplyDeleteaku baru beli gitar baru...kapok... warne merah.. kasi adrenalin untuk aku bermain.. =)
ReplyDeleteFarey: Baru nak bermanja-manja ngan tali bass. Bila aku dah sepower Nikolai,nanti aku turunkan ilmu kat ko.
ReplyDeleteNajwa: Stail warna merah. Mesti ko pernah masuk kelas psikologi warna gakkan?
ReplyDeletedrummer lah yang ensem-ensem n cute..e.g : Andy estrange..hukhukhuk..:D
ReplyDeleteNurul: ya, Dzul the drummer pun hensem jugak, bassist dia je yang tak hensem. tak tipu.
ReplyDelete