Sunday, September 2, 2012
Mr Bartender
Sepanjang aku duduk dirumahku syurgaku dibulan ramadhan yang lepas, aku diterima bekerja disatu tempat yang amat dekat tanpa sebarang interview sekalipun. Hebat bukan? ya, sangat hebat kerana aku akan mengisi jawatan sebagai Pembantu Dapur disebuah tempat yang menghasilkan pelbagai masakan yang paling sedap pernah aku rasai dalam hidup aku iaitu Dapurku.
Aku membuat semua kerja seperti membasuh apa yang kotor termasuk buntut kuali yang hitam legam sehinggalah ke penyediaan makanan untuk disantap orang. Tapi dalam banyak pekerjaan yang aku buat, aku adalah seorang Bartender yang amat berjaya dirumah. Aku lebih menyukai digelar bartender daripada bahasa melayunya 'pembuat air' sebab bunyinya agak ke-bibik-kan disitu.
What I think I do
Air apa yang dimahu segalanya aku boleh sediakan, dan apa yang aku paling mahir sekali adalah dengan menghasilkan air buahan-buahan yang lebih lazat dari air coke mahupun pepsi. Bulan ramadhan adalah amat digalakkan meminum air buahan-buahan kerana bukan setakat sedap ditekak dan enak dimulut, ianya juga terdapat vitamin-vitamin yang berupaya membuatkan anda sentiasa nampak segak bergaya seperti saya. Jadi katakan saja,apple juice?, orange juice?, watermelon juice? pasti akan siap dalam masa seminit.
Akan tetapi memandangkan kerja aku tidak dibayar gaji dan hanya makan minum ditanggung, tugasku ditamatkan sebaik sahaja bulan puasa tamat juga untuk tahun 2012. Berbekalkan pengalaman tak sampai sebulan aku menjadi bartender separa professional dirumah, kini aku dinaik taraf menjadi water expert dimana setiap open house yang aku pergi, aku akan merasa airnya dan memberi komen mengenai ketumpatan air, isipadu gula, dan teknik gaulan yang digunakan. Ya, hanya aku sendiri mengiyakan komen aku sendiri.
Sekarang, aku berasa amat puas sekali setelah berhempas pulas menjadi bartender untuk menyediakan air untuk orang.sekarang aku pula meminum air yang disediakan oleh bartender yang lain disetiap open house yang aku pergi.
Slurpppp, hm?woi kurang gula woi!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment