Saturday, November 5, 2011

Skrin Sesentuh

Semester baru bermula lagi (sebenarnya dah agak lama bermula dah pun), Aku sudah melonjakkan diriku ke semester 5 setelah bertapa selama 4 bulan di Subang.  Destinasi pertama sebelum memulakan hari-hari sebagai seorang mahasiswa UiTM adalah rumah sewaku di Seksyen 7.

Bila aku kembali semula ke pangkuan rumah sewaku di Seksyen 7, budaya terkejut ataupun di dalam bahasa orang putihnya culture shock mula menjengah aku dikala aku melihat gajet telefon bimbit mereka penduduk-penduduk di rumah sewaku ini.

Mereka yang dahulunya memakai telefon bimbit berskrin kecil, tidak mempunyai kamera dan mempunyai ketahanan dilempar dari tingkat 3 sekalipun. 
Sekarang mereka tidak perlu lagi menggunakan kedua ibu jari tangan mereka untuk menaip, hanya satu menggunakan satu jari telunjuk sahaja mereka mampu melakukan segala-galanya dengan gajet terbaru mereka.

Praktikal dapat elaun beb, agaknya itulah punca kehadiran telefon jenis tersebut dalam hidup mereka.

Mereka mula cuba membawa aku mengikut arus pemodenan dengan mereka rela hatinya melakukan kajian jenis-jenis telefon pintar yang mampu dimiliki oleh seorang pelajar universiti yang dompetnya tidak setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat. Mereka memperkenalkan aku dengan Samsung Galaxy Ace.





Tapi aku tidak terjerat dengan hasutan syaiton mereka. Terima kasih kepada dompet aku yang leper kerana menyelamatkan aku dari godaan mereka.

Aku ingat An adalah orang pertama dan terakhir memakai telefon pintar dirumah sewa ini. Nampaknya aku sudah silap. Agaknya mungkin ramai lagi yang akan terjangkit dengan virus henfon skrin sesentuh ini.


Aku masih belum masuk ke kelas lagi. 


Agaknya banyak lagi kejutan yang akan menjelma.


Jangan terkejut kalau Mak Cik Cleaner Tandas pun dah pakai Samsung Galaxy SII.



 Ada sesiapa yang baik hati tak nak hadiahkan aku Nokia Lumia 800?



PS: Telefon Bimbit aku tersenarai antara telefon paling terteruk pernah dicipta. Ya, aku amat sedih membaca fakta tersebut. Tak perlu nak pujuk aku. bai.


10 comments:

  1. xpela aizul, kite serupa..henset sy juge x canggih wuwuu ;(

    ReplyDelete
  2. Ieka: Kita mempunyai nasib yang serupa wuwuwuwu *kesatairmatadenganlenganbaju*

    ReplyDelete
  3. 'tak perlu nak pujuk aku. bai. '

    itu funny doh.

    ReplyDelete
  4. gua pakai HTC HD7.

    mempunyai skrin sesentuh. dan menggunakan OS seperti nokia yg lu post tuh. sumpah nice. beli la satu

    ReplyDelete
  5. Juno: Dunia teknologi memang pantas sekarang, dimasa akan datang lebih banyak hati aku akan terluka nanti dengan model Telefon Bimbit yang kian canggih

    ReplyDelete
  6. ImanAzlan: *Buka dompet, intai sedalam-dalamnya, pandang atas. Sengih*

    ReplyDelete
  7. aku bukan nak pujuk kau, tapi, aku faham isi hati kau. aku tak tipu.

    ReplyDelete
  8. same with me, so sad ...uwauaua

    ReplyDelete