Thursday, December 30, 2010

RN Itu Rosyam Nor

Rosyam Nor (RN) adalah seorang pelakon (aku rasa semua orang tahu fakta tersebut). pernah tengok Pilih Kasih tak? dialah pengasasnya. aku tak tengok rancangan tu sebab aku rasa tajuk dia sangat lame. daripada dia buat rancangan Pilih Kasih, baik dia buat Pilih Kekasih. Rating penonton akan naik, ramai manusia akan mula berpacaran (bak video miming cikgu shida) dan aku akan join sekali rancangan itu.

---

Ingat tak satu rancangan realiti tv yang main nyanyi-nyanyi berkumpulan tu? ya Gangstarz, tapi aku berharap dia boleh upgrade Gangstarz yang bersaing menjadi kumpulan penyanyi yang hebat tu menjadi Gangster yang bersaing menjadi kumpulan samseng yang hebat. macam crow zero. Gangstarz = U, Gangster = PG18...

---

Castello sepatutnya menjadi sebuah filem Skinhead, kenapa? korang tengok stail rambut RN pun korang boleh agak kenapa aku berkata sedemikian. Masa babak Q nak tembak si RN ni sepatutnya dia luahkan hasrat dia untuk join skinhead sekali dan terus memeluk RN sambil berteriak " aku nak jadi skinhead! shave lah kepalaku ini!" sambil berlinangan air mata dan tiba-tiba lagu we are the skins nyanyian ACAB berkumandang... dramatik tak?

---

Diakhir post ini baru aku perasan bahawa RN terlibat dalam setiap perenggan aku...pelik...




Kenapa aku menaip namamu berulang kali tanpaku sedari dalam post ini?

I Will Follow You...

I made my Twitter account a long time ago but have stayed inactive. one day my cousin, adli proudly showed me his twitter (which is full with 2pm's pics) and how fun it is to follow peoples tweets especially celebrity compared to facebook and yes I was surfing facebook at that time and he's on twitter.

Aizul: "How to use this so called twitter in the fun way?"

Adli: "tweet, follow, tweet, follow again and tweet one more time...get it?"

Aizul: "........." (a long paused followed by a click on twitter sign up button)

Twitter is nice, they gave me a profile pic of an egg after I signed up. To those people who have Twitter account, let's play a game named "follow-menfollow", follow me at aizul haqim.

p/s: Farey once said, "celebrities love twitter".
If I love twitter, does that mean I am a celebrity too?

Friday, December 24, 2010

Kenapa Anda Berbelog?

Kadar pertumbuhan blog atau bahasa bakunya 'belog' di malaysia semakin meningkat terutama di kalangan rakyat malaysia. Persoalannya sekarang, mengapa mereka berbelog? saya secara eksklusifnya telah mengadakan temu ramah mesra atau dalam bahasa inggerisnya 'inter-re-viw' bersama bloggers-bloggers secara rambang di luar sana! jom kita lihat apa jawapan mereka! mari! mari! mari~!


Aizul: Kenapa Anda Berbelog?


Bedah Pink: "Oh, i jadikan blog tu diari i, mana i pergi, apa i makan, rambut i time bangun pagi camne, rupa hodoh roommate i camne, sume i update dalam blog i. you tau tak? tadi kucing i beranak 15 ekor,i dah update dah benda ni kat blog i 1 minit 16 saat lepas lahir sume anak-anak kucing tu...pastukan you, eh nak pegi mana? i tak abes lagi ni..." (terus blah, kalau tunggu memang sampai esok pagi la saya taip jawapan dia ni...)


Angry Man: "Gua tulis blog pasal gua nak lepas geram dalam hidup gua,gua asyik stress la bro ngan life ni, daripada gua gadoh masuk court baik gua caci maki shit haram sume org yg gua x suke dalam hidup dalam blog gua baru gua sejuk bro. Pada yg x puas hati nan gua kat luar sana, ikut suka wa la, itu blog gua beb! that is my world bebeh!" (sambil menunjukkan jari tengahnya kat kamera berulang kali...)


En Blogger: "Saya menulis blog untuk menjana pendapatan dalam hidup, dulu saya kerja mat motor mcdelivery mcdonald je tapi tak best sebab ini bukan jiwa saya. saya memang suka blogging, kira dah tahap ketagih dah ni. Saya berblogging nak dekat 2 tahun dah. baru satu jam yang lepas saya hantar surat berenti kat boss saya, cool tak?" (dia tersengih...)


Nenek Bertongkat: "Nek nak berkongsi pengalaman dan kisah hidup nek dengan manusia diseluruh dunia.Dari nenek muda vogue kalah Megan Fox gitu sampai la nenek dah bertongkat berambut putih tapi waras lagi dari Susan Boyle cu..." (sambil tangannya mengeletar memegang tongkat kayunya...)


Lelaki 30an: "Pak cik gunakan blog ini untuk berdakwah kepada anak-anak muda kita yang perangai ntah hape-hape dah sekarang.Tengoklah remaja lupa agama, bersosial sampai buang anak sekali. Pak cik takdelah bertauliah mana tapi ini je sumbangan yang pak cik boleh buat agar anak bangsa kita tak lupa diri di dunia arus moden ini..." (tangannya memegang buku-buku bacaan ilmiah yang tebal...)


Begitulah jawapan-jawapannya. Ada yang berbelog untuk kepentingan sendiri dan ada juga untuk kebaikan orang lain. Bagaimana pula dengan anda? apakah tujuan anda berbelog? =)


PS: jangan terkejut jika terdapat seorang nenek berusia 95 tahun menulis blog sendiri ok? (ya,diulangi 95 TAHUN!!!) Masih tak percaya? , klik link ini andai anda tidak percaya pada kewujudan blogger paling otai di dunia ini...

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Datang!

Tahun 2010 ini menjadi sejarah bagi saya kerana akhirnya wujud juga satu ruangan khas untuk saya menulis apa yg bermain diminda ini jadi sesape yg tengak jenguk2 dari jauh tu mari dekat,mari dekat...*gaya antonansi Sheila Rusly* (korang mesti pernah tengokkan iklan sheila rusly yg goreng telur dadar yg dikatakan berlemak berkerim lazat sampaikan budak2 tarik tangan mak ayah diorang tu).

Apa2 pun banyak lagi benda yg perlu saya belajar, insyaallah saya akan buat yg terbaik untuk blog ini dan harap korang akan enjoy sepanjang berada di blog saya yg serba baru ni. Jadi jemput masuk, jemput masuk! *sambil menebarkan kepingan2 kertas berwarna-warni*