Friday, March 25, 2011

I disambung phone



Apa telefon bimbit yang menjadi kegilaan ramai sekarang? Sudah tentulah Iphone keluaran apple. takkan la korang nak cakap nokia old school skrin kecik dan hitam putih 3310 itu telefon bimbit terhangat sekarang bukan? (kalau tak kenal telefon bimbit tersebut sila google sendiri).



An, salah seorang rakan serumah aku telah memajukan diri beliau dengan membeli barangan Steve Job iaitu Iphone (tepukan gemuruh untuk beliau woo~). Aku kagum dengan kepintaran telefon bimbit dan harganya yang sukar diterima akal. Sebuah telefon bimbit yang mempunyai skrin sesentuh itu adalah satu revolusi teknologi beb!



An tunjukkan aku permainan yang menarik (Iphone memang gila banyak aplikasi permainan dia kot). Permainan itu berkisarkan strategi membunuh babi hijau. kenapa burung-burung tersebut marah? kenapa babi-babi itu berwarna hijau?
apakah babi-babi tersebut jatuh ke kawah toksik? pelbagai persoalan bermain di minda aku bila bermain permainan ini tapi aku tetap nampak An bermain dengan penuh bersemangat. Aku tak tahu kenapa tapi muka-muka babi-babi hijau tersebut mula membuatkan aku jelik.





Ada lagi satu permainan yang menarik perhatian iaitu Fruit Ninja, anda hendaklah menunjukkan kepakaran memotong buah dengan kecekapan tangan anda. Amir, lagi salah seorang budak rumah aku, digelar Cina (tanya dia sendiri kenapa digelar sedemikian) mencuba permainan tersebut.

Slash, Slash, Slash.

Dapat 268 markah. Dia bangga dengan pencapaian tersebut.

Giliran aku pula mencuba.


Slash, Slash, Slash.


Aku berjaya mendapatkan markah 274 berkat hasil kelincahan kedua belah tangan tangan aku (genius tak aku?) . Amir tak puas hati. Dia terus mencuba bersungguh-sungguh selama setengah jam hinggalah mendapat markah 276. Dia bersorak keriangan padahal hanya beza 2 markah sahaja.





Permainan paling puas hati dimain adalah Infinity Blade. kalau korang tengok grafik dia memang lawa gila, macam PS3 punya grafik kot. Tahu apa yang aku tak puas hati? kalian nampak gergasi pegang kapak di dalam gambar bawah ni? makhluk tidak berguna tu terus menjadi penghalang untuk aku meneruskan perjuangan, hampir habis bateri Iphone An aku pulun semata-mata nak bunuh binatang durjana tersebut tapi apakan daya, aku tak reti nak pulihkan nyawa aku (heal). Sesiapa tolong ajar aku dowh.




.


PS: Korang nak tahu tak? telefon nokia 3310 tersebut amatlah tahan lasak. Baling la dari tingkat 3 4 sekalipun telefon tersebut masih tetap dapat digunakan selepas disambungkan semula . Kalau Iphone dibaling pula?

Thursday, March 17, 2011

Malam Wacana Cinta Bangsa & Negara

Sebagai seorang pelajar NR (Non Resident) yang berwawasan dan berdedikasi, aku dengan penuh bersemangat waja bersama Rash, Fazza, Nik dan Azran menghadiri 'WACANA CINTA AGAMA, BANGSA & NEGARA 3' yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor baru-baru ini. Jadi kelas Minor kitorang selama 4 jam dihabiskan awal dengan 2 jam sahaja dan ya, tulisan 'makanan percuma' juga adalah salah satu faktornya, jangan ditanya kenapa.


Farey, Nancy dan Wardah turut ikut sama dan penuh bersemangat waja juga, diorang pergi tunggu kat Dewan Annexe. Mereka tersalah tempat dan Nancy pun tidak tahu jalan yang benar menuju ke sana jadi kami berlima dengan 3 motor mengiringi kereta stylo putih Nancy ke destinasi dengan aku dan Rash di depan dan Fazza, Nik dan Azran di belakang kereta dia umpama bodyguard mengiringi VVIP. jalan dia senang sahaja, dari Annexe, pergi perindu, belok kiri dan jalan terus.


Sampai sana memang gelap wei kat parking dengan tiada lampu dan simen kat dinding tak bercat (bangunan baru siap), agak ketakutan di situ. Nancy parking tempat lain pastu kitorang terputus hubungan dengan diorang bertiga. Cari jalan, jumpa lif, tengok kat butang tingkat dia...


Ada butang G, 1 dan 2... itu penemuan yang mengusarkan.


Peliknya, bangunan tinggi yang memerlukan dongakan 45 darjah hanya tingkat cuma 2 sahaja? Azran cakap butang tingkat 3 tak tampal lagi dalam lif tersebut, semua orang mengganguk tanda setuju. Sampai tingkat 2 kitorang keluar, usya luar lif. Nampak ada 2 orang pelajar lelaki makan nasi dalam pinggan polystyrene bersila penuh adab tertib. Kami berlima saling berpandangan, masing-masing dah cakap "Sah inilah tempatnya!" di kepala masing-masing tanpa perlu menyuarakannya.


Orang yang jaga sana mintak makan dulu sebelum masuk dewan. Kitorang turuti sahaja, amik nasi, lauk pauk, air kotak dan buah pear sekali. Diet yang sihat. Ada budak pakaian gaya waiter jaga tempat makanan, dia letak seketul ayam dalam pinggan aku, aku mintak tukar nak amik yang ada isi tapi dia terus letak ayam yang aku mahu tanpa ambil balik ayam yang aku mintak tukar. Jadi aku dapat 2 ketul ayam dan sebab tu aku cakap budak tu hensem. Budak-budak lain persoal kenapa aku dapat dua ketul dan Fazza cakap "Itu rezeki.". Aku bersetuju dan yang lain-lain pun pau air kotak dan buah pear yang berlebihan. Itu rezekikan?


Habis makan, kami masuklah ke dalam dewan. Gila ramai pelajar NR datang, penuh 3 tingkat dewan tu kot. Kitorang duduk kat lantai tingkat 2 akibat kepenuhan tempat duduk di bahagian paling dewan sebelah kiri, semangat ni nak dengar ceramahProf Dr Sahol ni. kami mendongak melihat skrin besar di dinding... ianya blue screen. Tengok 2 skrin lagi di tengah dan kanan sekali ada pula slideshow Prof Dr Sahol ni. Nampaknya skrin tersebut tak suka kami mungkin.


Aku memanjangkan leher melihat skrin di tengah. Fokus pada bawah kanan slide tersebut ada nombor. Wah dah slide ke 67 dah? aku dan Azran dah main teka-teka boleh capai slide ke berapa, 100 kah? 150 kah? 200 kah? sambil main teka-teka sambil memasang telinga pada ucapan beliau tau. UiTM menyumbang 6% pada sektor tenaga kerja tahu. Saja nak berkongsi maklumat ucapan beliau.


......


Setelah 1 jam lebih kitorang mendengar dengan penuh tekun sambil berbual mengenai masa depan UiTM (kononnya), Prof menunjukkan video pelan pembangunan UiTM. Terkejut kami dibuatnya, bayangkan Hostel di UiTM Puncak Alam ada dibina tasik di depan dia siap ada bot-bot lagi. Boleh swimming gaya bebas nanti ni. Bukan itu sahaja, nanti bakal ada shopping mall untuk pelajar juga berdekatan dengan hostel seperti villa tersebut. Ini merupakan berita baik bagi kaki shopping agaknya.


Ya, aku berjaya meneka dengan tepat slideshow tersebut hanyalah sampai ke slide 99. Hebat tak aku?. Tiba-tiba semua orang berdiri tegak dan akhirnya lagu 'Warisan' nyanyian allahyarham Sudirman kedengaran dan apa lagi, ramai-ramai sing along lagu tersebut berserta lirik di screen. Azran dah cuak dah, ingat lagu wawasan pelajar UiTM di mainkan pasal dia tak hafal lirik lagu wajib masa minggu MMS tersebut lagi.


Kejutan tak tamat di situ sahaja seumpama akademi fantasia, ada pula cabutan bertuah. 5 nama disebut sebagai pemenang dia. Aku masih terfikir lagi bagaimana nak masuk bahagian di dalam cabutan tersebut?. Bila disebut hadiahnya tiket konsert Korea, diulangi TIKET KONSERT KOREA, terus bising satu dewan. Aku tahu Eyla, Fathin, Faizul dan Amir akan buat benda yang sama juga. Aku rasa bukannya tiket konsert SNSD, T-ARA, KARA, mahu pun
Shinee yang diberi. Agaknya Piggy Doll mungkin?


Baliknya memang penuh orang seperti yang dijangkakan, aku dan Rash hampir sesat ke hutan mana entah sebab nak cari parking lot tu balik. UiTM patut sediakan servis GPS aku rasa bagi mengelakkan pelajarnya sesat lagi.

Hari yang menarik dengan perut yang kenyang, kupon kedatangan, karok 1 lagu percuma secara sing along, dan informasi ucapan Prof Dr Sahol yang memberikan inspirasi untuk menjadi generasi yang cemerlang.









Sunday, March 13, 2011

Prelude Projek Besar

Berapa lama dah aku tak hapdet blog aku? serius aku dah tak ingat dah sebab aku ada kerja baik punya diberi oleh pensyarah yang dikasihi. Urm, 3 4 minggu yang lepas mungkin. Aku rasa dah cam kena amnesia, akibat tidur yang tak menentu serta bebanan kerja yang banyak sampaikan tak sedar waktu dan hari berlalu. Dasyatkan jadi pelajar yang berwawasan ni?

Sekarang ni aku agak sibuk dengan projek besar punya khas untuk assignment UiTM dan industri animasi malaysia. Muahahaha (gelak cara Megamind) bunyi kedengaran amat gempakkan? mestilah, sebab tu sampai tidak ter hapdet blog ni buat sementara waktu. Projek grup yang dianggotai oleh lima anak muda yang agak tidak beberapa hensem (termasuk aku sekali) dan mempunyai bakat yang tidak seberapa tapi mempunyai visi yang tersendiri. Projek tersebut masih dalam pembinaan dan bila dah siap segalanya nanti aku umumkan kat belog ini. Nanti sila berikan sokongan ya.