Saturday, March 17, 2012

Imagi-Nasi

PT dah masuk!


Yay!


Dan mereka akan tiada dirumah selama satu hari.


Bukannya membuat kerja di fakulti


Bukan pulang kerumah untuk melepaskan rindu


tapi ke KL


Dan pulang membawa pelbagai bungkusan plastik berwarna-warni


Barang apa? sudah semestinya gajet-gajet canggih dipasaran sekarang seperti Telefon pintar (sudah semestinya mempunyai ciri-ciri skrin sesentuh), Tablet canggih ( tak perlu nak teka apa, Ipadlah jawapannya), dan akhir sekali, gajet permainan. ( PSVita sial! ni yang aku paling cemburu sekali.)


An pernah memberi nasihat yang berguna pada aku


Bila anda terasa hendak membelanjakan wang anda untuk teknologi sekarang,


Pandanglah nasi dan anda akan terus insaf


Percayalah itu nasihat yang amat berguna sekali.


PS: Bagus nasihat si An ni tapi dia sendiri pakai Iphone pula...jadi macammana?

Monday, February 13, 2012

A Girl in a Black Dress

Pada suatu malam, aku mengidam mahu makan bege. Mus pun begitu juga. Ya, Kami mencapai kata sepakat untuk mencarinya bersama-sama, membelinya bersama-sama, dan memakannya bersama-sama. Tidak, kami bukan pasangan gay.

Kedai abang bege yang menjadi pilihan utama kami tutup. Aku tidak tahu kenapa tetapi agak kecewa. Pantas otak mula beroperasi mengingati mana lagi kedai bege yang berdekatan untuk kami beli dan makan. Dimana ya?

Oh ya, didepan 7-Eleven.

Aku dan Mus mula berjalan seiring dan sejalan melintasi Restoran Nur Qaseh yang sudah tutup dari pukul 6 petang lagi. Kalau kalian nak kenal siapakah itu Mus di Pusat Komersial ini senang sahaja. Seorang lelaki berbadan gagah, bercermin mata, kadangkala memakai kopiah dikepala. Itulah dia.

Kami mula memesan bege sesuai dengan kehendak selera kami iaitu bege spesial yang bersalut telur bersama mayonis dan sos lebih. Sedang menunggu abang bege menunjukkan skill mengorengnya, aku yang bercekak pinggang penuh bergaya terperasan ada sesuatu yang memandang dengan penuh tajam dari dalam 7E.

Mata aku mula meninjau dari tempat aku berdiri ke dalam kedai 24jam tersebut.

Mencari gerangan siapakah yang memandang aku dengan begitu tajam sekali.

Tiba-tiba mata aku terpaku pada seorang gadis yang memakai dress hitam di depan kaunter.

Berambut panjang melepasi bahu

Matanya bulat bak kaca permata

Senyumannya seindah suria pagi

Dan dia masih lagi memandang aku secara curi curi.

Aku melihat pakaian ditubuhku,

Khuatir kalau ada yang tidak kena

Berbaju t-shirt, berseluar tracksuit, dan berselipar jamban.

Ok ape, inikan trend masa kini selepas kejayaan Hafiz di AJL 26? Tolong la, kalau gadis tu tidak memahami bermaksud dia tidak mengikut trend fesyen terkini di Malaysia. Mungkin dia memandang aku sebegitu rupa kerana melayan perlawanan macho antara Djokovic dengan Nadal pada malam itu juga. Tapi aku tetap tahu fesyen yang aku gayakan ini tidak bersalah disisi undang-undang negara pada malam itu.

Aku melangkah masuk kedalam kedai yang tidak pernah tutup dan mahal barangan di dalamnya. Bila aku menyebut perkataan 'mahal' kalian haruslah percaya dengan kejujuran aku.

Selalunya aku akan masuk kedalam dan membelek barangan satu persatu dan berpura-pura tekun membaca bahan ramuannya semata-mata hanya ingin merasai akon (bukan rapper tu ya, penghawa dingin dalam kata lain). Best woo rasa ako. ya aku memang jakun gila dengan akon bila berada kat Pusat Komersial Seksyen 7 ni. Dekat bilik aku pun berebut hala menghala kipas cap Giant yang fungsinya sebagai perhiasan rasanya dan bukannya untuk mengipas. Bagi aku akon bagaikan limpahan nikmat. Cubalah tinggal disini. baru tahu.

Aku lihat si dia masih lagi tidak berganjak dari kaunter.

*Lihat kiri kanan*

Tiada orang didalam kedai ini. Hanya aku, gadis tersebut dan abang kaunter 7Eleven bersuara deejay radio. Jadi inilah peluangnya.

Tangan lekas menyambar apa sahaja didepan mata, sekali sambaran nyam-nyam ditangan. Lihat pada tag harganya, "RM1.50?? Apahal mahal sangat sial! dulu masa aku kecik aku beli RM1 je kot!" bisik naluri hati. Ini mesti berpunca dari tempias harga barang naik. pfft.

Dengan hati yang tak rela, aku terpaksa la usung seketul nyam-nyam itu ke kaunter. Tapi hanya dengan membeli nyam-nyam aku boleh merungkai kenapa si gadis tersebut bereaksi seperti rupa terhadap aku. Mus diluar hanya memandang sahaja perlakuan senonoh aku ini.

Aku berdiri didepan kaunter bersebelahan si gadis tersebut. "Kira bang" kata aku pada abang kaunter 7Eleven bersuara deejay radio. Dari anak mata aku, aku boleh perasan yang dia masih memandang aku tiba-tiba...

"Excuse me..." tutur si gadis tersebut sambil menguntum senyuman.

Aku terkejut kerana si gadis itu mengorak langkahnya terlebih dahulu. Jadi aku cuba stay cool. Aku mengalihkan pandangan mataku melihat matanya. Ya, mata kami saling bertentang dan seraya aku membalas.

"Err...yes?" aku berkata dengan menerapkan slang mat salehku.

"urmm....awak..." si gadis itu cuba untuk menghabiskan ayatnya, segan mungkin.

" Ada apa? " balas aku penuh budiman setelah si gadis itu tersangkut sebentar. Hati aku mula berdebar-debar menanti responnya.

" Awak...awak... hisap rokok tak?" tanya dia.

Kenapa dia tanya pasal rokok? jangan pula cakap dia minat lelaki yang merokok sebab mereka nampak cool? Benda paling ekstrem pernah aku hisap sebelum ni pun cuma choki-choki sahaja. Adakah itu boleh dikira?

" Rokok? err.... tak, kenapa?" soal aku mencari jawapan.

" Ye ke? sebab saya ni tengah jual penapis rokok yang terbaharu dipasaran. Takpelah terima kasih ya." sambil menguntum senyuman dan mengalih pandangan.

..........


"... Sama-sama..." balas aku setelah ter-delay selama 10 saat.

..........


Aku keluar dari kedai serbaneka tersebut lalu mendapatkan Mus yang sudah mengalas plastik yang sarat dengan makan malam kami. " Ko buat apa dalam tu lama-lama?" katanya pelik melihat aku ghaib sambil mengintai ke dalam 7Eleven. " Eh, awek siapa kat kaunter tu? boleh tahan lawa gak " bertanya bila melihat kelibat si gadis itu.

"Jomlah balik." pantas aku berkata tanpa menoleh, menyusun langkah pulang ke kediaman dengan santapan bege dan nyam-nyam untuk malam dengan hati yang terluka.

PS: Aku tahu merokok itu nampak cool, tapi aku rasa dengan tidak merokok itu nampak lebih cool. Aku tak merokok dan aku lebih cool.

Sunday, January 1, 2012

2012

Tahun baru hanya datang setahun sekali.


Kita perlu menunggu selama 365 hari supaya tahun baru datang lagi.


Itu satu masa yang agak terlampau lama bagi seorang remaja menanti.


Jadi kenapa aku masih terperuk dirumah seorang diri?



Ianya kerana sakit tekak dan batuk yang tak henti-henti.



Akibat final assesment yang membuatkan aku tidak tidur selama 2 hari.



Mendengar bunga api di i-city berdentum-dentum bunyi


Hanya beberapa saat kemudian terus tiada bunyi terdiam sepi.


Adakah tidak cukup bajetnya ataupun bajetnya lari?


Arrgghh, yang penting aku perlu hiburkan hati ini.


Jadi aku pun menaip diblog ini dengan papan kekunci.




Sudah terhiburkah hati?


.......... 




Aku pun tak pasti.




PS: Selamat Tahun Baru kepada semua. Hai 2012, selamat berkenalan.