Sebagai pencinta haiwan, dia akan bermain dengan kesemua haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang. Setiap malam sebelum tidur dia bercerita bersungguh-sungguh sampaikan saya boleh membayangkan dia memakai cawat seperti tarzan dan bergayut dari pokok ke pokok. dia pernah menyuarakan hasrat untuk membela dinosaur tapi harapan dia pecah berderai selepas mengetahui dinosaur telah lama pupus melalui discovery channel.
Adli pernah membela dua ekor ayam, seekor jantan dan seekor betina. ayam-ayam tu agak menyakitkan hati sedikit, asal saya berselipar sahaja di hadapan binatang-binatang tersebut, terus mereka akan mematuk jari-jari kaki kerana mereka menyangkakan itu adalah cacing yg besar dan lazat untuk tumbesaran. Bebalkan mereka?
Sewaktu kami masih kecil, di belakang rumah adli terdapat sebuah longkang besar dan didalamnya terdapat hidupan akuatik diberi nama ikan longkang. Kami bekerja keras mencedok ikan-ikan tersebut dengan keinginan merealisasikan impian kami membuka akuarium sebesar Aquaria KLCC.
Rumah adli ketika itu ada membela seekor ikan kaloi. Mata ikan tersebut sangat lah besar dan bulat. besar dan bulat seperti sebiji bola ping-pong. Saiz dia jangan cakap, memang teramat besar hinggakan ikan itu boleh dimasak sweet sour dan makan selama seminggu untuk satu keluarga yang besar dan jiran tetangga sekali.
Ingat lagi tak ikan longkang yang kami tangkap tu? segala ikan-ikan tersebut kami tuang ke dalam akuarium si kaloi. Kami menyaksikan kekejaman kaloi devour ikan longkang tersebut. Kami memberi semangat kepada ikan longkang tersebut dengan berduet lagu Destiny Child, Survivor.
I'm a survivor (what),
I'm not gonna give up (what),
I'm not gon' stop (what),
I'm gonna work harder (what),
I'm a survivor (what),
I'm gonna make it (what),
I will survive (what),
Keep on survivin' (what)...
-----
Sekarang binatang yang dipelihara adalah seekor kucing jantan bernama Oren. Oren adalah seekor kucing (dan mungkin satu-satunya) yang kalut. Pernah sekali sewaktu ia tengah lepak menjilat bulunya, tiba-tiba sehelai daun kering jatuh ke lantai. Oren tersentak dan terus mengelabah melihat sekeliling dan tiba-tiba lari seperti seekor lipas yang kudung walhal dia adalah seekor kucing yang tidak kudung. Fenomena pelik dengan perangai kalut kucing tersebut masih kekal misteri sampai sekarang.Semua ikan tersebut habis dimakan oleh kaloi dalam masa 10 saat. Kami berhenti menyanyi dan saling berpandangan. Dengan spontan adli mencadangkan untuk menangkap lagi ikan longkang keesokannya. saya mengangguk kepala tanda bersetuju dan kami terus tidur.
Esoknya kami bermain enjit-enjit semut dan seperti kanak-kanak yang lain, pelan menangkap ikan longkang dilupakan sama sekali. Itu memang adalah sifat semulajadi kanak-kanak riang seperti kami dan itu adalah fakta ya.
Esoknya kami bermain enjit-enjit semut dan seperti kanak-kanak yang lain, pelan menangkap ikan longkang dilupakan sama sekali. Itu memang adalah sifat semulajadi kanak-kanak riang seperti kami dan itu adalah fakta ya.
-----
Kalian nak tengok kucing kalut tersebut?