Friday, September 14, 2012

Uncle M

Sedang aku membuang sampah ditong sampah didepan rumah.Aku menyapa jiran, seorang pak cik cina umur 70 tahun yang bernama Uncle M. Dia tinggal hanya selang berapa rumah sahaja dari rumahku dan ya aku mengenalinya semenjak aku masih kecil lagi di Subang Jaya yang dicintai ini.

Setelah berbual panjang dengan penuh mesra dan telah tiba masa untuk aku masuk semula kerumah untuk menguruskan urusan yang lebih mustahak, dia akhiri dengan ayat ini

 " I know you and I have similarities that's why I like you. What's your phone number? maybe we could go to any private place to get to know each other very well. You know what I mean right? ". 

dan ekspressi muka dia pula sebegini:




Aku terkedu dan aku cuba lepaskan diri dengan mengatakan telefon ku tidak mempunyai kredit, dan apakata aku mengambil nombornya dan akan hubungi sesudah aku menge-top up telefon canggihku ini.

Dia terpedaya.

Dia berikan nombornya yang senang dan mengulanginya beberapa kali supaya aku mengingatinya tapi dihati aku pula berkata, jangan harap aku akan mengingatinya.

Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia memberi peringatan agar hubunginya secepat mungkin. Tanpa menoleh kebelakang, laju aku memasuki rumah, menutup pintu,  menguncinya serta bersandar pada pintu sambil mata memandang kesiling seperti adengan mencemaskan yang berlaku didrama TV bila kita dikejar pembunuh yang kejam. Bezanya yang mengejar aku sekarang sesuatu yang lebih dashyat dari itu.

Tiba-tiba aku rasa tak selamat menetap di Subang Jaya ini.

Sunday, September 2, 2012

Mr Bartender


Sepanjang aku duduk dirumahku syurgaku dibulan ramadhan yang lepas, aku diterima bekerja disatu tempat yang amat dekat tanpa sebarang interview sekalipun. Hebat bukan? ya, sangat hebat kerana aku akan mengisi jawatan sebagai Pembantu Dapur disebuah tempat yang menghasilkan pelbagai masakan yang paling sedap pernah aku rasai dalam hidup aku iaitu Dapurku.

Aku membuat semua kerja seperti membasuh apa yang kotor termasuk buntut kuali yang hitam legam sehinggalah ke penyediaan makanan untuk disantap orang. Tapi dalam banyak pekerjaan yang aku buat, aku adalah seorang Bartender yang amat berjaya dirumah. Aku lebih menyukai digelar bartender daripada bahasa melayunya 'pembuat air' sebab bunyinya agak ke-bibik-kan disitu.


What I think I do




Air apa yang dimahu segalanya aku boleh sediakan, dan apa yang aku paling mahir sekali adalah dengan menghasilkan air buahan-buahan yang lebih lazat dari air coke mahupun pepsi. Bulan ramadhan adalah amat digalakkan meminum air buahan-buahan kerana bukan setakat sedap ditekak dan enak dimulut, ianya juga terdapat vitamin-vitamin yang berupaya membuatkan anda sentiasa nampak segak bergaya seperti saya. Jadi katakan saja,apple juice?,  orange juice?, watermelon juice? pasti akan siap dalam masa seminit.

Akan tetapi memandangkan kerja aku tidak dibayar gaji dan hanya makan minum ditanggung, tugasku ditamatkan sebaik sahaja bulan puasa tamat juga untuk tahun 2012. Berbekalkan pengalaman tak sampai sebulan aku menjadi bartender separa professional dirumah, kini aku dinaik taraf menjadi water expert dimana setiap open house yang aku pergi, aku akan merasa airnya dan memberi komen mengenai ketumpatan air, isipadu gula, dan teknik gaulan yang digunakan. Ya, hanya aku sendiri mengiyakan komen aku sendiri.

Sekarang, aku berasa amat puas sekali setelah berhempas pulas menjadi bartender untuk menyediakan air untuk orang.sekarang aku pula meminum air yang disediakan oleh bartender yang lain disetiap open house yang aku pergi. 

Slurpppp, hm?woi kurang gula woi!.