Thursday, May 5, 2011

Thor si Dewa Tukul

Jalan-jalan kat Summit USJ rabu lepas dengan Aboy, kawan aku dari sekolah rendah lagi. Destinasi kami adalah GSC disebabkan cerita Thor sudah pun ditayangkan dan Aboy adalah peminat Marvel termasuk diriku juga. Tengok poster dia...sangat mengujakan.




Usyar tiket, hmm RM7...kat pawagan THX? binatang apakah itu? sebelum ni aku cuma tengok kat pawagam biasa sahaja lalu aku mendapatkan kepastian dari Aboy.


Aizul: " THX tu apa haram jadah wei?"

Aboy: " dia camni.... Syuuuuuuuuummmmm..."(dengan mulutnya muncung kedepan macam ini.)


Aku terdiam.


Aku perhatikan effek bunyi oleh mulut Aboy.


Aizul: " Jom beli tiket, seat tengah. Jangan lupa beli popcorn combo set sekali."


Kalau di-google perkataan trsebut,


" THX is next generation surround sound, developed by a George Lucas company"



Wow, George Lucas yang buat huuu heee huuu heee (bunyi bernafas Darth Vader) tu ke? dasyat aaa. Masuk je dalam THX, memang suasana lain beb dari pawagam biasa. Aku boleh cakap kualiti screen dia memang terbaik tanpa bintik2 hitam (annoying gila) yang selalu muncul kalau korang tengok kat pawagam biasa. Sound system? wohoo, tahu tak sampai ada orang melatah disebabkan oleh sound system THX? Lepas ni kalau layan movie perang killkilldiedie memang THX lah pilihan dihatiku.



Thor adalah salah satu cerita superhero Marvel yang umph
wa cakap sama lu. Lebih-lebih lagi bila menontonnya di pawagam THX, Summit, memang umph wei. (aku dah terulang umph 2 kali ea?). Dengan dunia Asgard yang cool,terima kasih pada sistem bunyi THX yang marvellous, dan Natalie Portman yang ber-natural look di dalam movie tersebut, Korang memang kena tengok salah satu filem marvel ni.





PS: Watak Darcy yang bercermin mata dan suka taser orang telah menarik perhatian aku.